NOTIS PRIVASI

Kepada Pemohon,

MMC akan memproses maklumat peribadi anda yang diberi dalam Borang Permohonan ini dan/atau maklumat lanjut serta data yang mungkin diperlukan oleh MMC sama ada dari anda atau dari pihak ketiga seperti dari institusi-institusi pendidikan dan institusi lain atau agensi rujukan yang memberikan maklumat sedemikian dari semasa ke semasa.

Tujuan-tujuan untuk pemprosesan ini adalah termasuk:

  • menilai permohonan anda atau meneruskan peruntukan perkhidmatan yang diberikan di sini (yang mana berkenaan);
  • menyesuaikan iklan-iklan dan kandungan di laman sesawang MMC;
  • menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
  • tujuan penyelidikan termasuk tujuan rekod dan statistik;
  • operasi umum dan penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di sini termasuk laman-laman web yang berkenaan;
  • tujuan pengesahan;
  • menyediakan komunikasi yang kerap dari MMC kepada anda untuk perkhidmatan yang diberikan di sini; dan
  • penyiasatan aduan, transaksi-transaksi yang mencurigakan dan penyelidikan untuk pembaikan perkhidmatan.

Dengan menyerahkan permohonan ini, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada MMC untuk memperolehi dan mengesahkan apa-apa maklumat peribadi berkenaan dengan anda yang mana diperlukan oleh MMC berkenaan dengan permohonan anda untuk apa-apa perkhidmatan-perkhidmatan MMC dan/atau semakan profil peribadi dengan MMC daripada pihak ketiga, terutamanya institusi-institusi pendidikan atau institusi lain. Persetujuan dan kebenaran di sini akan meliputi apa-apa maklumat peribadi diperolehi daripada apa-apa (profil-profil) peribadi yang pada masa ini diselenggara untuk anda, sebarang permohonan baharu untuk apa-apa bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh MMC, seperti data atau maklumat peribadi sama ada diberi secara peribadi atau dari apa-apa sumber yang berkaitan dengan anda yang telah diambil, dikumpul, diterima, ditangkap, digabungkan, dilindungi dan/atau diperolehi oleh MMC melalui apa jua kaedah atau cara atau bentuk.

Maklumat peribadi yang diperlukan (kecuali dinyatakan sebaliknya) adalah diperlukan untuk kami memproses permohonan dan/atau meneruskan peruntukan perhidmatan yang diberikan. Keenganan anda untuk memberikan maklumat peribadi yang diperlukan mungkin akan menjejaskan permohonan dan/atau bagi kami untuk meneruskan peruntukan perkhidmatan yang diberikan di sini.

Dalam pemprosesan permohonan ini, MMC boleh memdedahkan maklumat peribadi kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:

  • Syarikat induk, subsidiari atau ejen-ejen MMC yang terbabit dalam memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di sini;
  • pihak-pihak bertiga (termasuk yang mana di luar negara) yang memberi perkhidmatan-perkhidmatan pemprosesan data;
  • apa-apa agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku keingkaran, apa-apa agensi-agensi kutipan hutang;
  • sesiapa yang dibawah kewajipan kerahsiaan untuk memastikan bahawa data akan disimpan secara sulit, yang diminta oleh MMC telah untuk memenuhi obligasinya kepada anda;
  • mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau sub-peserta hak atau perniagaan MMC;
  • mana-mana institusi pendidikan, badan-badan tajaan dan syarikat-syarikat latihan industri untuk tujuan pengesahan atau lain-lain tujuan pendidikan yang berkaitan.

MMC boleh mendedahkan maklumat peribadi anda sekiranya dituntut oleh undang-undang atau jika perlu sahaja untuk (i) mematuhi kehendak-kehendak agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah, ataupun proses undang-undang ataupun; (ii) melindungi dan mempertahankan hak dan kepunyaan MMC serta syarikat-syarikat kumpulan serta pengguna-penggunanya.

Jika anda ingin membuat apa-apa pertanyaan-pertanyaan atau aduan-aduan atau permintaan akses atau pembetulan maklumat peribadi anda, atau sekiranya anda memilih untuk mengehadkan MMC dalam memproseskan maklumat peribadi, anda boleh berbuat demikian dengan menulis secara rasmi kepada MMC melalui e-mel kami di enquiry @mmc.mmu.edu.my Sebarang permintaan akses untuk pembetulan maklumat peribadi anda tertakluk kepada suatu yuran dan juga undang-undang perlindungan data atau undang-undang kerahsiaan. Bagi mengelakkan keraguan, pengehadan ini tidak termasuk pemprosesan maklumat peribadi yang wajib.

Kami mungkin akan mengkaji semula dan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan, prosedur dan struktur, dan perubahan dalam jangkaan privasi masyarakat. Kami berpendapat bahawa ia adalah tidak praktikal untuk memaklumkan perubahan Notis Privasi ini kepada anda, oleh itu, versi terbaru Notis Privasi boleh didapati di laman sesawang MMC atau anda boleh menghubungi MMC melalui Connect with Us di www.mmc.edu.my untuk memperolehi versi Notis Privasi yang terbaru pada bila-bila masa.