MAY FEST 2015 6-7/5/2015

Start Date : 23 Sep 2015
Multimedia College (MMC) Kuala Lumpur telah Berjaya menganjurkan "May Fest 2015" yang pertama kalinya diadakan di MMC. "May Fest 2015" merupakan program yang dianjurkan sepenuhnya oleh warga MMC KL. Program yang berbentuk karnival ini merangkumi beberapa bahagian iaitu keusahawanan, pameran & promosi, dan aktiviti rekreasi & rohani.

"May Fest 2015" akan diadakan pada 6 - 7 May 2015 (2 hari) yang bermula pada jam 0900 pagi dan berakhir pada jam 0600 petang. MMC Kuala Lumpur merupakan lokasi program ini akan berlangsung.

Objektif
1.
Memberi pendedahan kepada umum tentang MMC secara fizikal seterusnya mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh MMC kepada umum.

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan warga MMC dalam menimba pengalaman dalam bidang keusahawanan dimana bazar-bazar jualan dibuka dan dikendalikan oleh pelajar-pelajar kolej sendiri.

"May Fest 2015" bukan sahaja tertumpu pada aktiviti-aktiviti pameran, promosi dan keusahawanan, MMC juga menganjurkan beberapa aktiviti sukan dan kerja amal yang dikendalikan oleh pihak akademik, pelajar-pelajar MMC, dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)