Kolej Multimedia (MMC) Sarawak Juara Math Journey 2015


News Created :Friday, 23 Oct 2015



MMC Sarawak telah mendapat tempat pertama dalam Program Math Journey 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Kuching Sarawak pada 20 Mei 2015 bertempat di Waterfront Kuching.


MMC Sarawak telah diwakili pelajar Diploma Pengurusan dengan Multimedia iaitu Sity Meliza Azura dan 2 pelajar Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi iaitu Ung Yiaw Hong dan Muhd Syahmi Bin Salleh.


Program ini bertujuan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi peransang kepada para pelajar supaya memupuk minat terhadap kursus Matematik, Sains dan Komputer, dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.


Aktiviti pada hari tersebut adalah seperti explorace di mana peserta dikehendaki untuk menyelesaikan setiap masalah yang berkaitan dengan matematik dan sains di setiap lokasi dalam tempoh masa yang ditetapkan.