Kolej Multimedia (MMC) Sarawak Raih Tempat Kedua Acara Futsal Sukan Masiswa 2015 Zon Sarawak


News Created :Tuesday, 06 Oct 2015






Pasukan futsal Multimedia College (Sarawak) telah meraih tempat kedua dalam acara Futsal Kejohanan Sukan Masiswa 2015 Zon Sarawak yang dianjurkan oleh International College of Advanced Technology Sarawak (i-CATs). Acara futsal telah disertai oleh 12 pasukan daripada pelbagai IPTS.


Kejohanan Sukan Masiswa 2015 telah berlangsung dari 17 hingga 19 April 2015 dan berbagai acara telah dipertandingkan. Selain daripada acara Futsal, MMC (Sarawak) juga telah menyertai acara Bola Keranjang, Badminton dan Catur. Kejohanan ditutup secara rasmi pada 19 April 2015 di Dewan Serbaguna Mary Yek, i-CATS.