Kolej Multimedia (MMC) Sabah Meriahkan Pertandingan Golf Amal Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia


News Created :Sunday, 01 Feb 2015



Pada 31 Januari dan 1 Februari 2015, MMC Sabah telah dijemput oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pertandingan Golf Amal Edisi Ke-8 Tahun 2015 yang bertempat di Sutera Harbour Marina Golf and Country Club, Kota Kinabalu.


Program selama 2 hari tersebut telah disertai oleh hampir 500 orang peserta yang datang dari seluruh negara. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disalurkan ke Badan-badan Kebajikan, Yayasan-Yayasan Kebajikan, Tabung Mangsa Banjir Pantai Timur, Rumah Anak-Anak Yatim, Persatuan Ibu Tunggal dan lain-lain lagi.


Kemuncak pertandingan ini adalah majlis makan malam yang telah diadakan di hotel The Pacific Sutera yang dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, iaitu YBhg. Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak. Acara pada malam itu ialah penyampaian dana kutipan kepada tabung-tabung kebajikan terpilih dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan golf. MMC turut dijemput ke majlis makan malam tersebut dan berpeluang untuk mengadakan pameran di perkarangan lobi.


Seramai 8 orang warga MMC yang diketuai oleh Puan Ruhia Lawis, Pengarah Kampus MMC Sabah serta 9 orang pelajar telah menjayakan program tersebut. Diharapkan pendedahan sebegini dapat mempromosikan lagi jenama MMC di kalangan jemputan yang hadir ke majlis tersebut.