Kolej Multimedia (MMC) Sabah Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Ibu Sawat TM Kota Kinabalu


News Created :Monday, 26 Jan 2015



Pada 26 Januari 2015, satu sesi lawatan sambil belajar ke Ibusawat TM Kota Kinabalu telah diadakan. Sesi lawatan ini telah disertai seramai 19 orang pelajar program Diploma Teknologi (Kejuruteraan Telekomunikasi) bersama-sama beberapa orang pensyarah yang dan diketuai oleh Puan Ruhia Lawis, Pengarah Kampus MMC Sabah.


Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan kerja-kerja industri terkini serta melihat dan menimba ilmu berkenaan peralatan telekomunikasi yang sebenar. Ini merupakan salah satu platform menambah ilmu pengetahuan secara dekat untuk para pelajar lebih memahami tentang sistem telekomunikasi yang selaras dengan keperluan industri.


Sesi dimulakan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Yulebryner Euanjelis, pegawai dari Unit TM NMO. Beliau telah membawa para pelajar melawat ke bahagian proses siaran radio dan televisyen, serta memberikan maklumat berkenaan langkah-langkah keselamatan mengendalikan peralatan microwave dan lain-lain lagi.


Para pelajar telah turut berpeluang untuk mengendalikan peralatan dalam bidang teknologi telekomunikasi secara hands-on. Diharapkan agar lawatan sebegini dapat memberikan pendedahan berkenaan sistem telekomunikasi serta menimba pengalaman yang berguna kepada para pelajar MMC Sabah.