PEMINJAMAN JUBAH

 

Peminjaman jubah boleh dibuat pada hari yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Graduan. 

Bayaran bagi sewa jubah sebanyak RM50.00 dan deposit tunai sebanyak RM100.00 perlu dijelaskan semasa peminjaman dibuat. Deposit akan dikembalikan selepas pemulangan jubah dibuat pada hari yang ditetapkan.

Saudara/i boleh mewakilkan kepada orang lain dalam urusan pengambilan jubah dengan menggunakan borang peminjaman jubah (yang boleh dimuat turun dari laman web http://www.mmc.edu.my/convocation. Borang hendaklah dibawa oleh wakil bersama salinan surat jemputanbayaran sewa jubah dan deposit tunai. 

 

 

PEMBELIAN JUBAH

 

Bagi yang berminat untuk memiliki Jubah MMC, boleh membuat pembelian secara terus dengan pihak kolej.

Bayaran adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej mengikut siapa cepat dia dapat (first come, first serve) terhad kepada jumlah yang ditetapkan oleh pihak kolej.

Bayaran jubah sebanyak RM 70.00 boleh dibuat pada Hari Pendaftaran dan Raptai Majlis Konvokesyen.

 

Copyright © 2013 Multimedia College. All rights reserved.