Perubahan Tarikh Majlis Konvokesyen MMC KE 21

 

Kepada semua Graduan MMC,

 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen MMC ke 21 yang asalnya dijadualkan pada 11 September 2017 (Isnin) telah ditukarkan ke 12 September 2017 (Selasa).

 

Perubahan tarikh tersebut adalah selaras dengan perubahan tarikh Majlis Konvokesyen MMU yang ditukar dari 9 & 10 September 2017 ke 10 & 11 September 2017. Pertukaran ini dibuat berikutan pengisytiharaan Tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah dipinda dari 29 Julai 2017 ke 9 September 2017 sepertimana diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

 

Walaubagaimanapun, tarikh Hari Pendaftaran & Pengambilan Jubah masih kekal pada 10 September 2017 (Ahad), dan Majlis Makan malam Graduan adalah pada 10 September 2017 (Ahad).

 

Multimedia College memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul. Kami amat berharap dapat berkongsi kegembiraan bersama anda dalam meraikan Majlis Konvokesyen MMC ke-21.

 

Terima Kasih

Exam & Student Record, Multimedia College

 

 

 

Copyright © 2013 Multimedia College. All rights reserved.